Pages

Monday, 28 March 2011

BerBahagiaLah....

Bunga kehidupan nikmat bagi kumbang yang bernama manusia, insan yang dibekalkan dengan akal fikiran bagi meneruskan perjuangan hidup di muka bumi yang dimiliki Khaliq, Maha Berkuasa ke atas hamba-hambanya..Bangkit! carilah kebahagian disegenap sudut hidup kita. mengapa kita harus rasa sedih pada apa yang telah berlaku? risau dan bimbang pada apa yang belum tentu terjadi...

Masalah!!! terima kasih Ya Allah kerana masih ingat dan sayang kepada hamba-Mu ini....percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yang terselindung meminta pada insan menyingkap dan berfikir apakah rahsia yang pasti ada untuk manusia bermunajat kepadaNya....

Kehidupan merupakan apa yang kita impikan dan interpertasikan dari lubuk hati ke realiti....apa yang kita akan fikir dan rasakan sekiranya Allah mengambil sesuatu yang kita amat kasihi dan sayang?....Alhamdulillah, BerBahgiaLah.......

apa yang kita akan fikir dan rasakan sekiranya Allah membiarkan seorang ibu yang sarat mengandung, berjauhan dengan keluarga dan suami. tinggal seorang diri?...BerBahgiaLah......

apa yang kita akan fikir dan rasakan sekiranya Allah menimpakan musibah ke atas keluarga dan seluruh tetangga kita?...Alhamdulillah, BerBahgiaLah.......

setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan......tatkala ditarik semua masalah yang melanda, dikurniakan pula nikmat yang berganda...Alhamdulillah, BerBahgiaLah.......

apa yang kita akan fikir dan rasakan sekiranya Allah memberikan anak ke atas pasangan yang berkahwin?...Alhamdulillah, BerBahgiaLah......

apa yang kita akan fikir dan rasakan sekiranya Allah menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah, wajah yang cantik dan tampan, kerjaya yang bagus, anak yang ramai, keputusan akademik yang cemerlang?...Alhamdulillah, BerBahgiaLah.....

 realiti seorang insan bergelar manusia....



.
.

No comments:

Post a Comment